THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

****************************************************

bebelandancoretancikLalaa :)
kau kata :
aku hitam kau putih
aku bumi kau langit
aku berjalan kau terbang
aku gagak kau merpati
aku perempuan kau lelaki
aku pula kata :
kau manusia , aku pon .
aku juga ada hati dan perasaan ingin menyintai dan dicintai
oke ?

Friday, December 16, 2011

rinduu sekolah menengah dulu :)

tadi aku kemas kemas bilik
terjumpa satu kertas komot komot dalam kotak bawah katil
tulisan dah samar samar sebab guna pensil
tersenyum sendiri tengok coretan aku untuk kelas 5A
teros aku baca sambil tergelak sendiri

untuk 5 alpha , nh aku type balik khas untuk kowunk :)


hai ! kita bertemu lagi
di rancangan alphabian's story
mengisahkan bidadara dan bidadari
buat peminat dan pembaca setia kami

13 bidadari cantik dan molek belaka
6 bidadara hensem dan tampan tak terkata
apa nak buat takdir Yang Kuasa
ni yang maleh nk bangga bangga

Amity , Legend , Forge , Ardour moto kami
Love each other tentu sekali
macam macam ragam mencuit hati
takkan kami lupa semua memori di sini

lembut berbicara tersusun kata
sentiasa sabar melayan kami
itulah buat kami sayang padanya
Puan Zarina Ahmad bonda yang dicintai

ketua tingkatan tugas diberi
kam yang bising tak pernah ambil peduli
Ganu jauh nun terkenang buah hati
itulah dia Mohd Akmal Fathi

diam diam ubi berisi
dulu bising sekarang suka menyepi
inilah dia penolong ketua kami
anak gadis Andy , Ck Shalini

gadis comel buruan lelaki
tapi tetap setia kat pujangga hati
dia ceti dia bendahari
Fatin Nazurah perkenalkan diri

gadis ayu Naziera Nor Azmi
sekarang purple dulu pinky
sok sek sok sek sana sini
akauntan juga pilihan hati

tanyalah apa apa mesti "tatao"
tanyalah dia mana kawan ? "dah matiiii"
kalau tanya makan tidur dia tao
itulah dia member kita Tee Poi Yi

cantik molek orangnya trendy
bercita cita nak jadi doktor gigi
nanti pilah klinik dia mesti free !
hehe , si gila biology , Azra Aina empunya diri

nampak blurr tapi nak bergaya
style rambut tak buleh tahan
inilah dia seornag putera cina
Stephen Liam tuan punya badan

budak pandai otak geliga
mana taknya , belajar je keje dia
24jam study tak ingat dunia
Platipus , ehhh ! Nalinie namanyaa

Kita bercerita dia dengar sama
kita ketawa dia tengok aje
tapi dah habis cerita baru dia ketawa
inilah dia , Julianna , suka buat buat blurr

dialah professor di kelas kami
dialah 5alfa punya dictionary
orangnya pelik punya kreativiti
Pecal memag sukar difahami

Nurul Amira gadis menyepi
bila ditanya tersenyum tersengih hihi..
wajahnya gebu putih berseri
orangnya baik merendah diri

nak kata "chumeyl " tengok aje lerr
nak kata pemalu , ehh?bule caye kerr?
kekadang sopan kekadang gile gile
itulag dia Damyra Sofia orangnye

chaminy gelak Rakiney ketawa
Chaminey nangis Rakiney pujuk jee
Ayoyo ! inilah 2 minachi ni punye keje
dua sahabat sejak dahulu kale

aduh ! nak kata cute poyo je !
dia pengacau pengganggu dunia
ada je nak usik orang tengah buat kerja
anak zaman , Farhan namanya

meluat sungguh tengok dia ni
kontrol macho bangga diri
nak kata hensem dalam kategori
sensitif sangat , perangai dak Qaiyum ni

dia motivator buat teman di sini
telatahnya buat kami tersenyum sendiri
siapalah yang bakal bertakhta di hati
bakal engineer , Nay gelaran diri

Inilah dia kisah 6 bidadara 13 bidadari
semuanya nakal tapi baik hati
sebab itulah semua cikgu sayang kami
hehe , ni dah kes syok sendiri !

guru - guru , tenaga pengajar sekalian
terima kasih tak terhingga diucapkan
didik putra putrimu macam anak kalian
jasa baktimu takkan kami siakan

takkan dilupa kenangan disini
suka duka macam kami hadapi
always in our memory
sejarah kami di SMKDC

berakhirlah sudah alphabian's story
nilah episod terakhir kami
yolah dah lastyear tahun ni
Insyaallah panjang umur kita bersua kembali

ini sahaja coretan kami
pengisi CEMPAKA sekali lagi
sebarang kesilapan harap dimaafi
alaa maklumlah masalah teknikal yang tak buleh diperbaiki

yang baik itu datang dari yang Esa
yang buruk itu silap kami sendiri
wassalam :) byebye SMKDC !

buat kawan kawan kelas yang baca , aku rinduu korang semua :)
aku teringat kita semua camping sama sama
rehat sama sama
tukar tukar bekal
berebut sup dekat cafe
hari first datang koko
then kita ponteng merayau sana sini
tapi bila datang niat baik tolong cikgu buat itu ini
waktu biology mesti termenung busan tengok slide kadang kadang buat kerja lain
teringat dulu waktu bedah katak then kita bagi dua orang laki suprise konon2 itu hadiah
rindu gelak sama sama
cerita orang sane hensem orang itu cantek
kita semua mesti cat kelas dan hias cantek cantek !
supaya kita menang je !
makan goreng pisang depan sekolah
letak cili banyak banyak sampai bengkak bibir
makan icecream malaysia sambil burak burak
ngumpat macam macam perkara
kita ,
duduk tak pernah bersahaja
ade je kerja gila yang kita semua buat

segala yang kita buat takkan habis tertulis dalam satu buku
sebab terlalu banyak cerita kita
hanya hati simpan kemas semua ni
aku tahu banyak lagi kenangan yang aku tak sebut
tapi aku rindu korang semua
moga kita berjumpa lagi di dunia yang kecil ni
berpusing pusing pon aku tetap kat sini
kalau terjumpa , tegurlah ye !

0 kata kekawan :):

kawan lalaa :)