THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

****************************************************

bebelandancoretancikLalaa :)
kau kata :
aku hitam kau putih
aku bumi kau langit
aku berjalan kau terbang
aku gagak kau merpati
aku perempuan kau lelaki
aku pula kata :
kau manusia , aku pon .
aku juga ada hati dan perasaan ingin menyintai dan dicintai
oke ?

Sunday, December 11, 2011

kenapa asyik panggil ibu tapi bukan ayah ?

Ayah ?
Abah ?
Abi ?
Daddy ?
Papa ?
Baba ?
mereka golongan seorang bapa kan ?
Ye , mereke lah golongan yang banyak berkorban untuk keluarga .

Hati aku sayu sangat bila terbaca ayat ni
" Abah tak layak ke dapat kasih sayang macam emak ? "


Ya Allah , rasa luluh hati
Begitu kecewa hati seorang ayah

Ye benar ,
Abah tegas
Abah garang
Abah hati keras
Abah tak lembut macam emak !

Memanglah , sebab abah kan laki ?
kalau abah pon lembut macam mak
membelai macam emak
Yakin ke kita abah nak jadi ketua keluarga ?

Kita tak tahu jauh dari sudut hati abah
Dia juga lembut seperti emak
Dia juga berkedudukan seperti emak
Cuma kita yang suka membezakan abah dan emak


Bila aku ingat balik
Jarang sekali aku call abah bila jauh
Aku asyik call mak
last baru cakap " mak kirim salam dekat abah ! "
Tapi bila nak minta topup minta abah

Kesian abah
kerja siang malam
balik balik panggil anak anak
semua dah tido
lama lama abah pon tertidur depan tv
tapi kita anak anak
mesti selalu cakap
" Abah tuh busy , mana nak ade masa dengan kita . Mak je ade "
Aku mengaku ,
aku juga pernah terlepas kata begitu
tapi aku tak pernah terfikir abah penat
Tak pernah nak kesian kat abah .

aku teringat dulu
abah penat balik kerja
aku dan adik bergaduh berebut nak makan
padahal makanan lain banyak
dan itu juga makanan favourite abah
kami tahu mak masak untuk abah
tapi abah mengalah dengan muka kepenatan bekerja sambil tersenyum
" Tapelah , makan je "
kami tak kesah perasaan abah
terus makan dan hanya berfikir asal kami puas dan perut kenyang !

paling sedih bila aku teringat balik
Abah balik entah dari mane
Aku makan aiskrim
Abah terus datang kat aku
dan makan aiskrim aku
aku dengan marahnya
" Alaa ! abah ni kan ! "

Bila terfikir balik
Abah tak pernah marah aku pasal makan
Abah pernah cakap
" abah tak kesah tak makan asal anak anak makan "
Tapi aku ? sanggup marah abah sebab aiskrim

teringat lagi bila hari raya masa kecik dulu
abah bagi mak duet untuk beli macam macam baju raya
lepas tuh abah terus pergi kerja
balik kerja ambil kami di shopping complex
aku merengek dengan abah nak kasut raya
tapi abah marah
aku cuma tahu merajuk tanpa tahu abah penat
2hari tak bertegur dengan abah
bila tiba hari raya
abah pakai baju sama
aku pon tanya dengan nada perli
" abah ni pakai baju raya lama , nak raya pon kedekut nak beli ! "
abah hanya tersenyum

Ya Allah , tahu tak duet abah banyak habis dekat anak anak
sebab aku yang merengek nak itu ini
selama seminggu
aku bertukar tukar baju
tapi abah ?
buleh dikira baju abah berapa helai yang baru

bila fikir balik
aku asyik merungut dengan apa abah buat
abah itu abah ini
tapi abah tak pernah sekali pon merungut

abah ,
tak pandai nak tunjuk yang dia manjakan anak
tak pandai nak membelai seperti emak
tak pandai nak dengar cerita aku macam emak
abah juga tak pandai nak merungut
walau teruk mana anak anak
kadang kadang tu memang ada
cuma tak selalu macam kita yang merungut pasal abah

sekali abah marah
terus kita cakap
"abah tak sayang aku ! "
tapi berkali kita marah abah
pernah abah abah terus tanak bagi kita makan ?
tak sayang kita ?

Ya Allah
besarnya pengorbanan abah
penat abah
kasih abah
tapi kita tak pernah nak nampak

abah tak pernah tunjuk dia lemah
tapi kadang kadang aku tahu abah sedih
abah tak pernah cakap 'penat'
tapi kita bila disuruh abah
beribu alasan
kenapa kita tak pernah nak tahu
abah juga perlukan anak anak
seperti kita perlukan dia

pergi kolej / sekolah cium pipi emak , salam mak
tak salahkan cium pipi abah ??
tak haram pon
cium pipi bf/gf bule ?
aku pernah terfikir
nanti kalau abah dah tade
entah sempat ke nak cium pipi abah ?
memang pipi abah tak selicin pipi mak
tapi tiada perbezaan kasih dan sayang mak dan abah

Difikirkan lagi
Dosa kita dahulu
Segala jahat kita dahulu
Abah yang tanggung dosanya
kita tak menanggung apa apa kan ?
Tak setanding pon dengan amarah abah

Aku ingat ustaz pernah cakap
" Ayah mana yang tak menyuruh anaknya menutup aurat dengan betol , itu dikira dayus "
Ya Allah , aku terfikir dulu
bukak aurat sana sini
semua ayah yang dapat dosa
ayah yang dapat gelaran dayus tuh
padahal anak lakukan
Astaghfirrullahalazim
jauhkan aku dari semua itu

ye
Abah

pengorbanan abah tak terkira besarnya
penat abah
lelah abah
abah tak pernah beritahu
hanya Allah tahu betapa abah penat dengan anak
abah tak pernah putus asa
berpuluh tahun mencari rezeki untuk anak
abah tak kesah baju compang camping
asalkan anak bergaya
abah tak kesah abah tak makan
asalkan anak anak kenyang
abah tak pernah kesah anak buruk dan selekeh
sebab di mata abah anak anak dia comel !
cuma
anak malu keluar dengan abah

sebab abah selekeh katanya
tapi
abah tak pernah kesah anak macammane
sebab kita kan anak abah

kawan kawan ,
tiada beza emak dan abah
ibu dan ayah
daddy and mommy
semua same
ingatlah
abah juga perlukan kita

sebagaimana kita tanak emak dan abah beza bezakan kasih sayang antara adik beradik
seperti itulah abah dan emak yang yang perlukan kita sama adil :)


jagalah hati ayah :)


abah , tyntyn sayang sangat sangat kat abah
tyntyn tahu abah pon sayang cuma abah tanak cakap
sebab abah kan laki ? laki kan ego :)



Ya Allah , jauhkan diriku dari leka siapa abah
dari alpa menjaga abah

Abah , thanks for everything :) Love you so much .
tyntyn tahu kata kata ni tak setanding jasa dan pengorbanan abah .
tapi tyntyn InsyaAllah tak pernah lupa doa untuk abah
Muahhh kat pipi abah !! :*


4 kata kekawan :):

Shabby said...

im crying... :(

cikLalaa said...

why are you crying dear ..

Shabby said...

baca entry ni dengan background music u ni buat i sedih.. :(

Nur 'Ainatul said...

Sedih sgt2! menangis.. tp untung tyntyn da abah yg syg kan keluarga nye. tp saye..... takpe lah. semua 2 dugaan. :'(

kawan lalaa :)