THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

****************************************************

bebelandancoretancikLalaa :)
kau kata :
aku hitam kau putih
aku bumi kau langit
aku berjalan kau terbang
aku gagak kau merpati
aku perempuan kau lelaki
aku pula kata :
kau manusia , aku pon .
aku juga ada hati dan perasaan ingin menyintai dan dicintai
oke ?


Friday, May 11, 2012

begitulah Jumaat .

Bismillah ,


Bila semua sebut tantang hari Jumaat , semua sedia tahu dia adalah ketua segala hari dalam Islam dan hari di mana kaum lelaki menunaikan solat Jumaat di masjid . Memang tidak dinafikan hari Jumaat itu mempunyai banyak kelebihan berbanding hari lain. Antara kelebihannya adalah Nabi Adam diturunkan ke bumi pada hari Jumaat.
Demikian juga hari Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat Islam . Sebabnya kita berkumpul pada solat Jumaat setiap minggu untuk mendengar khutbah. Ini tidak ada pada hari lain kecuali pada hari raya puasa dan korban . 

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Padanya dicipta Adam as, padanya dia dimasukkan ke dalam syurga dan padanya juga dia dikeluarkan daripadanya. Dan Qiamat tidak berlaku kecuali pada hari Jumaat.”
Hadith di atas menunjukkan dengan jelas keistimewaan hari Jumaat. Dalam Islam, kelebihan hari tersebut bertambah dengan satu ibadat yang tidak disyariatkan pada hari-hari lain dalam seminggu iaitu solat Jumaat.Pengertian Jumaat dan Solat Jumaat
Hari ini dinamakan hari “Jumu’ah” kerana pada hari tersebut, manusia berkumpul dan pada hari ini terkumpul segala kebaikan.
Dari segi istilah syarak, solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjamaah dalam waktu Zuhur pada hari Jumaat di masjid atau di tempat- tertentu dan didahului dengan dua khutbah.
Hukum solat Jumaat ialah Fardhu ‘Ain ke atas setiap lelaki Muslim yang memenuhi syarat-syaratnya.

Jumaat atau dalam Bahasa ‘Arabnya “Jumu’ah” berasal daripada perkataan “jama’a” yang bermakna berkumpul.
Hukum Solat Jumaat
Al-QuranFirman Allah swt bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan (azan) untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli.”
HadithSabda Rasulullah saw bermaksud, “(Solat) Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.” Hikmah Disyariatkan Solat Jumaat

Tak perlu aku bebel lagi tentang apa itu Jumaat atau Solat Jumaat sebab masing masing bukan tak tahu , kadang kadang sengaja bekukan hati dan otak mengerti kepentingan Jumaat . 
Mesti korang pelik kan kenapa aku tiba tiba bebel pasal hari Jumaat . Dan inilah aku nak cerita .
Tadi aku menunggu abah dan kawan kawannya menunaikan Solat Jumaat . Kerana busan , aku dengar radio , tapi terasa jahil pula orang sebok dengar khutbah aku dengar lagu . 
Mata aku berhenti pada satu kawasan , tempat parking di tepi masjid . Aku pelik semua nya orang dewasa dan remaja dan tiada kanak kanak . Kenapa mereka berbaju melayu dan berkain pelekat tapi duduk melepak , merokok tanpa menunaikan kewajiban ? Sorang sorang aku tilik . Ya Allah , kau ensem , macho , kachak , sempurnanya Allah jadikan kau . Tapi sayang kau lupa pada yang mencipta . Pada aku , dari mereka duduk melepak merokok di situ , tak salah kan meluangkan masa 30 minit untuk dengar khutbah dan solat b'jemaah bersama ? Dan aku mula terfikir , Ya Allah .. aku pinta bakal jodoh ku bukanlah golongan itu , jika iya , Kau  berilah petunjuk dan hidayahMu padanya . 
Usai solat Jumaat , aku lihat mereka bergegas pulang sedangkan imam tak baca doa lagi . Beri salam terakhir terus angkat punggung untuk bergegas ke mana tidak dapat ku teka . Ye , mungkin ke tempat kerja kan ? tapi ade saje aku nampak keluar terus merokok . Berat ke menunggu doa tak sampai 5 minit ? Pentingnya rokok kau tuh kan ?
Tiba tiba aku teringat haritu , aku gagal dalam exam final aku . Menangis tak sudah aku masa itu , nasib ada resit paper . Mak nasihat aku " mak tahu tyntyn belajar sungguh sungguh , tapi solat kena jaga . Tak guna kita nak kejayaan tepat pada waktunya tapi yang wajib , solat itu kita lambat lambat kan . Menunaikan yang Allah suruh tepat pada waktunya . Baru Allah tepatkan jugak masa kejayaan kita " Ye , aku sangat sangat terasa sebab aku suka melewat lewatkan solat -.- 
Kita manusia selalu nak sesuatu benda tepat pada masanya tapi lupa Allah yang akan berkata " KUNFAYAKUN " Tanpa izinNya , tak terjadi semua keinginan kita .

Betol , setiap perkara ada hikmah nya . Setiap perkara yang Allah takdirkan pada kita mesti bersebab . Mesti ada kesalahan yang mungkin kita tak sedar kita selalu buat kan ? Baru aku sedar lepas emak mengingatkan aku .
-Muhasabah diri masing masing jum ? :) -

0 kata kekawan :):

kawan lalaa :)