THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

****************************************************

bebelandancoretancikLalaa :)
kau kata :
aku hitam kau putih
aku bumi kau langit
aku berjalan kau terbang
aku gagak kau merpati
aku perempuan kau lelaki
aku pula kata :
kau manusia , aku pon .
aku juga ada hati dan perasaan ingin menyintai dan dicintai
oke ?


Tuesday, January 3, 2012

kawanku , kuatlah :)

kadang kadang aku busan
kenapa asyik berkata tentang cinta
tapi itulah hakikat
manusia dan cinta adalah satu

tapi hari itu
aku bertemu seorang lagi teman
rindu tak terkata
tapi di sebalik tawa dan senyum dia
seribu kepahitan cuba disembunyikan
tapi aku tak tahu
aku tak mudah untuk ditipu ,
bahawa mereka " OK! "
sekilas pandang matanya
bergenang mutiara

akhirnya ,
dia bercerita
dia tak mampu berdiri , ketawa dan berpura
di hadapan orang yang dicinta
dia lelah untuk tersenyum
atas kebahagiaan orang yang dicinta
dan mengalir juga
mutiara yang lama tersimpan

aku kenal dia
dari kami sekolah lagi
dan aku tahu
dari form4 dia setia menunggu kekasih hatinya
tak pernah sedetik untuk berpaling
tapi keadaan memaksa
berjauhan tak mudah
kadang kadang ada betol orang cakap
"long distance relationship ni susah"
tapi tak jugak
bergantung kepada individu itu untuk menjaga dan menghargai cinta itu

si dia pernah bertanya pada aku dulu
"tyn,macammane aku nak kuat macam kaw?"
aku terdiam
bibir aku tak mampu ungkap apa apa
hanya hati yang mampu
tak mudah untuk berdiri pada kaki sendiri
tak mampu untuk ke depan lagi
segala kekuatan hilang
tapi dengan mencuba
aku akhirnya mampu

aku berbisik padanya
"betul dalam ombak rindu tu , cinta tak kejam .. tapi manusia yang kejam"
kita manusia yang tak pandai hargai
tidak tahukah manusia
cinta itu juga adalah satu anugerah perasaan dari Allah kepada kita
cuma bergantung pada kita untuk memberi makna pada cinta

kau anggap ,
cinta itu sebatang pensil
kau corak guna dia
kau warna guna dia
kau tersalah lakar
tak salah kau padamkan ia
lakar kembali
walau kau pejam mata
jika kau tahu ia pensil
kau masih buleh menulis
kau masih buleh melukis
bergantung pada kau
tahu menulis ,
tahu melukis ,
tahu melakar sendiri .
salah cara kau tulis
buruklah hasilnya kan?

tadi dia bercerita lagi
akhirnya orang yang dia tunggu
tak memberi harapan lagi
dengan satu ayat
"aku dah buang dia jauh jauh !"
ya Allah luruhnya hati dia
senangkan manusia buang cinta itu ?
macam sampah ?
sampah lagi elok la
kau buang dia dalam tong sampah kan ?
tapi cinta kawan aku tu ?
kau buang entah kemana
tapi kau tetap berkata rindu sayang
tanpa satu alasan kau berlalu
meninggalkan seseorang yang bertahun menunggu
satu je kata kata aku
"kau kejam !"

tapi aku tak mampu
melihat kawan aku itu
lemah dan menangis sendiri
aku pernah merasa
dan waktu itu terasa terkapai mencari sesuatu
'kekuatan'

Ya Allah ,
kuatkan lah dia
sungguh dia tak mampu .
pinjamkan lah kekuatan pada dia
sungguh dia lelah sendiri .
cekalkan hati dia
terima segala takdir
bangunkan lah dia
dari mimpi mimpi gelap nya
pinjamkanlah cahayaMu
menemani dia
Ya Allah ,
dengarlah isi hatinya

kawan ,
kau tak seorang berdiri
aku dan yang lain ada memapah
ambillah masa untuk bina kekuatan baru
tapi jangan kau cuba berhenti
nanti sakit lagi menanti
jalanlah satu persatu
lama lama kau akan berjalan laju

pesan aku pada lelaki itu
sudahlah kau berhenti
berkata manis
berjanji palsu
kau bahagia bila dia menderita kan ?
tak usah kau konon mengasihani
sedangkan kau punca
percayalah pada sesuatu
hidup ini karma
mungkin kau tak terima padahnya
tapi mungkin pada seseorang yang kau kasihi
di suatu hari nanti :)

* janganlah manusia dikatakan bodoh bercerita cinta sedangkan cinta ada dalam diri semua*

khas untuk kau kawan ^^


manusia , ingatlah setiap perkara kau lakukan ada pembalasannya :)

0 kata kekawan :):

kawan lalaa :)