THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

****************************************************

bebelandancoretancikLalaa :)
kau kata :
aku hitam kau putih
aku bumi kau langit
aku berjalan kau terbang
aku gagak kau merpati
aku perempuan kau lelaki
aku pula kata :
kau manusia , aku pon .
aku juga ada hati dan perasaan ingin menyintai dan dicintai
oke ?

Saturday, December 24, 2011

cerita mereka :')

korang ,


pernah tak korang rasa
" Ya Allah kenapa tiba tiba rindu dia nh "
kebetulan korang tengah online
then korang stalk page si dia
korang senyum sorang sorang
dalam hati korang
" Ya Allah , rinduunya nak tengok dia di depan mata . Rindu nak tengok dia tersenyum . "
tapi korang akan senyap tiba tiba
sebab korang tahu itu tidak mungkin berlaku
korang stalk lagi
korang tersenyum lagi
bibir mengeluarkan kata kata
" Waaa , dia dah bahagia sekarang . Alhamdulillah . baguslaahh :) "
tapi hati korang terasa sangat perit
macam ada benda cucuk cucuk
dan secara tiba tiba korang tak sedar
airmata korang dah mengalir
sedangkan bibir korang masih tersenyum
waktu itu dan ketika itu
korang teringat kenangan dulu
hati nak sangat tegur dia masa online , nak sangat call dengar suara dia , nak sangat beritahu dia yang korang rindu dia
tapi fizikalnya korang takkan buat macam tuh
bukan sebab korang ego
tapi korang dah tahu buat begitu hanyalah sia sia

pernah tak korang dengar
manusia lain berkata begini
" If you love somebody , let them go . If they return , they were always yours . If they don't , they never were "
tapi korang pernah terfikir ?
how could you let something or somebody that you love too much to go ? how could you let them go ?
bagi aku , jika sekali kau dah pergi .
tolong jangan kembali
tapi korang tak tahu kan sejauh mana teguhnya korang berdiri
bila si dia tiba tiba depan mata nanti ?
sedangkan korang dah lama biarkan si dia berlalu pergi
sebab kita tak tahu apa bakal berlaku nanti
aku harap benda ni takkan terjadi InsyaAllah

seseorang ini
dalam kehampaan berkata
" tyntyn , I miss him so much "
ye aku tahu
si dia berlalu pergi tanpa sedikit pon kau duga
kau lepaskan dia
tanpa sedikit pon kerelaan
tapi
teros dia bersama yang lain
Ya Allah
aku tahu sakitnya bagaimana
kaki kau yang tegak berpijak di atas bumi
akan tiba tiba longlai
kau hilang kekuatan seketika
dan untuk esok
kau tak tahu kekuatan pergi ke mana waktu itu

dan hari itu
seseorang ini bercerita
" kalau aku tahu jadi macam nh , aku tanak kenal dia pon tyntyn ! "
bila difikir
siapa nak setiap cerita indahnya berakhir dengan duka ?
dalam cerita kita semua
wujudnya kisah duka dan berakhir dengan begitu indah sekali
tak salahkan cerita indah kau berakhir dengan duka ?
dan disitu setiap manusia merasa
tanya pada diri ,
wujudkan cerita yang indah sentiasa tanpa sedikit pon sedihnya ?

aku teringat lagi
seseorang ini
aku suka mendengar cerita indah dia dulu
cemburu kadang kadang terasa
sebab kisah dia begitu sempurna
berbulan aku tak berjumpa dia
soalan pertama aku ajukan
" kau dan si dia bagaimana ? "
dia tersenyum sampai ke telinga
dalam hati aku terfikir mesti ada berita gembira bakal aku dengar
sebab dia pernah cerita si dia nak dia jadi isterinya
tiba tiba dia bersuara
" aku bakal bertunang dengan orang lain bulan depan "
Ya Allah !
lutut aku tiba tiba terasa nak terduduk
aku terus dengar dia bercerita
" tyntyn , kau percaya pada jodoh ? "
aku hanya mengangguk
dan dia sambung ceritanya
" jika kau percaya , inilah dikatakan jodoh . 6 tahun aku cipta semuanya indah dan bahagia dengan si dia , tapi sejauh mana pon aku pergi . Aku tetap tak dapat lari dari jodoh . sebab itu ketentuan Allah yang kita panggil takdir . Umpama esok , aku tak tahu aku akan mati . Jika dah tertulis aku akan mati , tetap akan matikan ? "
aku tunduk dengar cerita dia
tiba tiba aku bertanya
" kau tak sayang si dia ? "
...........
" tyn , tipulah aku tak sayang dia . tapi sayang aku pada Allah lagi kuat . takkan aku nak lawan takdirNya demi dia ? bukan si dia yang cipta takdir aku tyntyn , tapi Allah "
lantas aku terdiam
sampai sekarang aku berpegang pada kata kata dia
" bukan si dia cipta takdir aku tyntyn , tapi Allah "
dan Alhamdulillah dia dah berkahwin serta bahagia dengan jodohnya sampai sekarang

aku teringat lagi
kata kata dari seorang ini
" tak perlulah saya tunggu dia dan nak buat apa saya sedih jika kami tiada jodoh ? jodoh itu satu rezeki kan ? Allah yang tentukan semua itu dan itu kerja Allah "

seketika dulu
aku pernah melihat kegembiraan seseorang ini
yang aku gambarkan dia paling bahagia ketika
minggu depannya adalah hari yang dinanti nanti
dia bakal mengahwini seorang lelaki yang sangat dia cintai
mereka sama padan
dan perkara yang aku fikirkan
" mesti anak mereka comel nanti ! "
lagi beberapa hari dia bakal digelar isteri orang
dia dikejutkan dengan berita yang tak ingin sekali setiap manusia dengar
bakal suaminya terlibat dalam kemalangan
dan meninggal beberapa jam kemudian
Ya Allah
aku hanya mampu melihat wajahnya
hilang segala dalam sekelip mata
bulehkah dia terima takdir ini
cerita indah dia musnah tanpa di pinta
kesakitan , kesedihan
hanya terletak pada airmata nya
tak mampu dia berkata kata
setitis airmatanya
dah mengungkap segala perit

Ya Allah
aku tahu setiap apa yang berlaku ada sebab dan hikmahnya
tapi dugaan dia terlalu sukar untuk diterima aku
apatah lagi dia
yang menanggung segala
mana dia nak buang segala impian dia ?
mana dia nak simpan semua kenangan yang janjinya akan indah ?

cerita cerita mereka
berakhirnya dengan sebuah takdir
yang kita semua tahu
Allah dah tulis semuanya
dan kita
kumpullah kekuatan
yang mungkin kita juga akan merasa begitu
sesuatu yang tidak dijangka selalu berlaku
korang
mungkin hari ini korang hilang orang yang korang sayang sangat
tapi ingatlah
korang tak akan hilang Allah
jika korang tak lupa pada Dia
Dia sentiasa ada dengan kita
takdir kita terletak pada tanganNya
bukan pada siapa siapa
dan kekuatan kita
pintalah dari Dia
:')




Friday, December 16, 2011

rinduu sekolah menengah dulu :)

tadi aku kemas kemas bilik
terjumpa satu kertas komot komot dalam kotak bawah katil
tulisan dah samar samar sebab guna pensil
tersenyum sendiri tengok coretan aku untuk kelas 5A
teros aku baca sambil tergelak sendiri

untuk 5 alpha , nh aku type balik khas untuk kowunk :)


hai ! kita bertemu lagi
di rancangan alphabian's story
mengisahkan bidadara dan bidadari
buat peminat dan pembaca setia kami

13 bidadari cantik dan molek belaka
6 bidadara hensem dan tampan tak terkata
apa nak buat takdir Yang Kuasa
ni yang maleh nk bangga bangga

Amity , Legend , Forge , Ardour moto kami
Love each other tentu sekali
macam macam ragam mencuit hati
takkan kami lupa semua memori di sini

lembut berbicara tersusun kata
sentiasa sabar melayan kami
itulah buat kami sayang padanya
Puan Zarina Ahmad bonda yang dicintai

ketua tingkatan tugas diberi
kam yang bising tak pernah ambil peduli
Ganu jauh nun terkenang buah hati
itulah dia Mohd Akmal Fathi

diam diam ubi berisi
dulu bising sekarang suka menyepi
inilah dia penolong ketua kami
anak gadis Andy , Ck Shalini

gadis comel buruan lelaki
tapi tetap setia kat pujangga hati
dia ceti dia bendahari
Fatin Nazurah perkenalkan diri

gadis ayu Naziera Nor Azmi
sekarang purple dulu pinky
sok sek sok sek sana sini
akauntan juga pilihan hati

tanyalah apa apa mesti "tatao"
tanyalah dia mana kawan ? "dah matiiii"
kalau tanya makan tidur dia tao
itulah dia member kita Tee Poi Yi

cantik molek orangnya trendy
bercita cita nak jadi doktor gigi
nanti pilah klinik dia mesti free !
hehe , si gila biology , Azra Aina empunya diri

nampak blurr tapi nak bergaya
style rambut tak buleh tahan
inilah dia seornag putera cina
Stephen Liam tuan punya badan

budak pandai otak geliga
mana taknya , belajar je keje dia
24jam study tak ingat dunia
Platipus , ehhh ! Nalinie namanyaa

Kita bercerita dia dengar sama
kita ketawa dia tengok aje
tapi dah habis cerita baru dia ketawa
inilah dia , Julianna , suka buat buat blurr

dialah professor di kelas kami
dialah 5alfa punya dictionary
orangnya pelik punya kreativiti
Pecal memag sukar difahami

Nurul Amira gadis menyepi
bila ditanya tersenyum tersengih hihi..
wajahnya gebu putih berseri
orangnya baik merendah diri

nak kata "chumeyl " tengok aje lerr
nak kata pemalu , ehh?bule caye kerr?
kekadang sopan kekadang gile gile
itulag dia Damyra Sofia orangnye

chaminy gelak Rakiney ketawa
Chaminey nangis Rakiney pujuk jee
Ayoyo ! inilah 2 minachi ni punye keje
dua sahabat sejak dahulu kale

aduh ! nak kata cute poyo je !
dia pengacau pengganggu dunia
ada je nak usik orang tengah buat kerja
anak zaman , Farhan namanya

meluat sungguh tengok dia ni
kontrol macho bangga diri
nak kata hensem dalam kategori
sensitif sangat , perangai dak Qaiyum ni

dia motivator buat teman di sini
telatahnya buat kami tersenyum sendiri
siapalah yang bakal bertakhta di hati
bakal engineer , Nay gelaran diri

Inilah dia kisah 6 bidadara 13 bidadari
semuanya nakal tapi baik hati
sebab itulah semua cikgu sayang kami
hehe , ni dah kes syok sendiri !

guru - guru , tenaga pengajar sekalian
terima kasih tak terhingga diucapkan
didik putra putrimu macam anak kalian
jasa baktimu takkan kami siakan

takkan dilupa kenangan disini
suka duka macam kami hadapi
always in our memory
sejarah kami di SMKDC

berakhirlah sudah alphabian's story
nilah episod terakhir kami
yolah dah lastyear tahun ni
Insyaallah panjang umur kita bersua kembali

ini sahaja coretan kami
pengisi CEMPAKA sekali lagi
sebarang kesilapan harap dimaafi
alaa maklumlah masalah teknikal yang tak buleh diperbaiki

yang baik itu datang dari yang Esa
yang buruk itu silap kami sendiri
wassalam :) byebye SMKDC !

buat kawan kawan kelas yang baca , aku rinduu korang semua :)
aku teringat kita semua camping sama sama
rehat sama sama
tukar tukar bekal
berebut sup dekat cafe
hari first datang koko
then kita ponteng merayau sana sini
tapi bila datang niat baik tolong cikgu buat itu ini
waktu biology mesti termenung busan tengok slide kadang kadang buat kerja lain
teringat dulu waktu bedah katak then kita bagi dua orang laki suprise konon2 itu hadiah
rindu gelak sama sama
cerita orang sane hensem orang itu cantek
kita semua mesti cat kelas dan hias cantek cantek !
supaya kita menang je !
makan goreng pisang depan sekolah
letak cili banyak banyak sampai bengkak bibir
makan icecream malaysia sambil burak burak
ngumpat macam macam perkara
kita ,
duduk tak pernah bersahaja
ade je kerja gila yang kita semua buat

segala yang kita buat takkan habis tertulis dalam satu buku
sebab terlalu banyak cerita kita
hanya hati simpan kemas semua ni
aku tahu banyak lagi kenangan yang aku tak sebut
tapi aku rindu korang semua
moga kita berjumpa lagi di dunia yang kecil ni
berpusing pusing pon aku tetap kat sini
kalau terjumpa , tegurlah ye !

Sunday, December 11, 2011

kenapa asyik panggil ibu tapi bukan ayah ?

Ayah ?
Abah ?
Abi ?
Daddy ?
Papa ?
Baba ?
mereka golongan seorang bapa kan ?
Ye , mereke lah golongan yang banyak berkorban untuk keluarga .

Hati aku sayu sangat bila terbaca ayat ni
" Abah tak layak ke dapat kasih sayang macam emak ? "


Ya Allah , rasa luluh hati
Begitu kecewa hati seorang ayah

Ye benar ,
Abah tegas
Abah garang
Abah hati keras
Abah tak lembut macam emak !

Memanglah , sebab abah kan laki ?
kalau abah pon lembut macam mak
membelai macam emak
Yakin ke kita abah nak jadi ketua keluarga ?

Kita tak tahu jauh dari sudut hati abah
Dia juga lembut seperti emak
Dia juga berkedudukan seperti emak
Cuma kita yang suka membezakan abah dan emak


Bila aku ingat balik
Jarang sekali aku call abah bila jauh
Aku asyik call mak
last baru cakap " mak kirim salam dekat abah ! "
Tapi bila nak minta topup minta abah

Kesian abah
kerja siang malam
balik balik panggil anak anak
semua dah tido
lama lama abah pon tertidur depan tv
tapi kita anak anak
mesti selalu cakap
" Abah tuh busy , mana nak ade masa dengan kita . Mak je ade "
Aku mengaku ,
aku juga pernah terlepas kata begitu
tapi aku tak pernah terfikir abah penat
Tak pernah nak kesian kat abah .

aku teringat dulu
abah penat balik kerja
aku dan adik bergaduh berebut nak makan
padahal makanan lain banyak
dan itu juga makanan favourite abah
kami tahu mak masak untuk abah
tapi abah mengalah dengan muka kepenatan bekerja sambil tersenyum
" Tapelah , makan je "
kami tak kesah perasaan abah
terus makan dan hanya berfikir asal kami puas dan perut kenyang !

paling sedih bila aku teringat balik
Abah balik entah dari mane
Aku makan aiskrim
Abah terus datang kat aku
dan makan aiskrim aku
aku dengan marahnya
" Alaa ! abah ni kan ! "

Bila terfikir balik
Abah tak pernah marah aku pasal makan
Abah pernah cakap
" abah tak kesah tak makan asal anak anak makan "
Tapi aku ? sanggup marah abah sebab aiskrim

teringat lagi bila hari raya masa kecik dulu
abah bagi mak duet untuk beli macam macam baju raya
lepas tuh abah terus pergi kerja
balik kerja ambil kami di shopping complex
aku merengek dengan abah nak kasut raya
tapi abah marah
aku cuma tahu merajuk tanpa tahu abah penat
2hari tak bertegur dengan abah
bila tiba hari raya
abah pakai baju sama
aku pon tanya dengan nada perli
" abah ni pakai baju raya lama , nak raya pon kedekut nak beli ! "
abah hanya tersenyum

Ya Allah , tahu tak duet abah banyak habis dekat anak anak
sebab aku yang merengek nak itu ini
selama seminggu
aku bertukar tukar baju
tapi abah ?
buleh dikira baju abah berapa helai yang baru

bila fikir balik
aku asyik merungut dengan apa abah buat
abah itu abah ini
tapi abah tak pernah sekali pon merungut

abah ,
tak pandai nak tunjuk yang dia manjakan anak
tak pandai nak membelai seperti emak
tak pandai nak dengar cerita aku macam emak
abah juga tak pandai nak merungut
walau teruk mana anak anak
kadang kadang tu memang ada
cuma tak selalu macam kita yang merungut pasal abah

sekali abah marah
terus kita cakap
"abah tak sayang aku ! "
tapi berkali kita marah abah
pernah abah abah terus tanak bagi kita makan ?
tak sayang kita ?

Ya Allah
besarnya pengorbanan abah
penat abah
kasih abah
tapi kita tak pernah nak nampak

abah tak pernah tunjuk dia lemah
tapi kadang kadang aku tahu abah sedih
abah tak pernah cakap 'penat'
tapi kita bila disuruh abah
beribu alasan
kenapa kita tak pernah nak tahu
abah juga perlukan anak anak
seperti kita perlukan dia

pergi kolej / sekolah cium pipi emak , salam mak
tak salahkan cium pipi abah ??
tak haram pon
cium pipi bf/gf bule ?
aku pernah terfikir
nanti kalau abah dah tade
entah sempat ke nak cium pipi abah ?
memang pipi abah tak selicin pipi mak
tapi tiada perbezaan kasih dan sayang mak dan abah

Difikirkan lagi
Dosa kita dahulu
Segala jahat kita dahulu
Abah yang tanggung dosanya
kita tak menanggung apa apa kan ?
Tak setanding pon dengan amarah abah

Aku ingat ustaz pernah cakap
" Ayah mana yang tak menyuruh anaknya menutup aurat dengan betol , itu dikira dayus "
Ya Allah , aku terfikir dulu
bukak aurat sana sini
semua ayah yang dapat dosa
ayah yang dapat gelaran dayus tuh
padahal anak lakukan
Astaghfirrullahalazim
jauhkan aku dari semua itu

ye
Abah

pengorbanan abah tak terkira besarnya
penat abah
lelah abah
abah tak pernah beritahu
hanya Allah tahu betapa abah penat dengan anak
abah tak pernah putus asa
berpuluh tahun mencari rezeki untuk anak
abah tak kesah baju compang camping
asalkan anak bergaya
abah tak kesah abah tak makan
asalkan anak anak kenyang
abah tak pernah kesah anak buruk dan selekeh
sebab di mata abah anak anak dia comel !
cuma
anak malu keluar dengan abah

sebab abah selekeh katanya
tapi
abah tak pernah kesah anak macammane
sebab kita kan anak abah

kawan kawan ,
tiada beza emak dan abah
ibu dan ayah
daddy and mommy
semua same
ingatlah
abah juga perlukan kita

sebagaimana kita tanak emak dan abah beza bezakan kasih sayang antara adik beradik
seperti itulah abah dan emak yang yang perlukan kita sama adil :)


jagalah hati ayah :)


abah , tyntyn sayang sangat sangat kat abah
tyntyn tahu abah pon sayang cuma abah tanak cakap
sebab abah kan laki ? laki kan ego :)



Ya Allah , jauhkan diriku dari leka siapa abah
dari alpa menjaga abah

Abah , thanks for everything :) Love you so much .
tyntyn tahu kata kata ni tak setanding jasa dan pengorbanan abah .
tapi tyntyn InsyaAllah tak pernah lupa doa untuk abah
Muahhh kat pipi abah !! :*


kawan lalaa :)